Pegawai polis ditahan reman minta, terima rasuah RM20,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai polis selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000 sebagai balasan menukar pertuduhan ke atas pesalah trafik.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas menerima permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada jam 12.50 tengah hari semalam, dalam satu serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah kira-kira RM2,000 secara tunai sekitar pertengahan Disember tahun lalu.

“Ketika tangkapan dilakukan ke atas suspek semalam, dia disyaki meminta lagi RM20,000 daripada mangsa,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img