Pejabat MB Selangor sifatkan dakwaan pegawai Amirudin kaya luar biasa fitnah, berniat jahat

PEJABAT  Menteri Besar Selangor nafi dakwaan seorang pegawai Datuk Seri Amirudin Shari mengumpul jumlah kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

Pejabat Amirudin berkata, dakwaan liar dibuat dalam kumpulan WhatsApp yang baharu diwujudkan berniat jahat dan bermotifkan politik, tanpa fakta, dan tidak berasas.

“Laporan kepada pihak berkuasa berkenaan fitnah ini akan dibuat oleh pegawai terbabit, sebagai elemen kebertanggungjawaban untuk kita sama-sama memperbetulkan fokus kepada agenda membangunkan negeri dan mengangkat martabat rakyat, bukan dengan politik tidak matang melalui pembinaan persepsi jahat, liar, dan palsu,’’kata kenyataan itu, lapor FMT.

Seorang pentadbir dikenali sebagai ‘Madani’ menubuhkan satu kumpulan WhatsApp pada Jumaat, yang turut menyertakan beberapa ADUN Selangor dari pihak kerajaan dan

Pentadbir itu mendakwa, pegawai tersebut ‘menjadi jutawan’ sejak Amirudin memegang jawatan, memiliki banglo bernilai RM3 juta, dan membawa keluarganya melancong mewah ke luar negara.

Selain memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri, ‘Madani’ mendakwa pegawai berkenaan juga berkhidmat sebagai penyelaras kawasan pilihan raya dan berada dalam lembaga pengarah sebuah syarikat milik kerajaan negeri serta kelab golf terkenal.

Pegawai itu juga dikatakan hampir dilantik ke lembaga pengarah sebuah lagi agensi Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam ruang sembang itu, ‘Madani’ menyampaikan mesejnya secara langsung kepada Amirudin, menyeru menteri besar menjawab dengan jujur dan adil.

Ketika dihubungi, pegawai tersebut yang identitinya dirahsiakan, berkata tidak wajar baginya untuk mengulas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img