Pemandu Honda Jazz langgar mati penuntut UniSZA didakwa mencuri

PEMANDU kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, kali ini atas pertuduhan mencuri wang tunai dan beberapa barangan milik seorang anggota tentera.

Mohd Izuddin Zakaria, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Dia didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM200, sebuah beg dan beberapa barangan seperti kad kuasa tentera, kad ATM dan lesen memandu milik anggota tentera berusia 29 tahun itu di laluan parkir kereta Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu kira-kira jam 1.15 petang pada 5 Januari lalu.

Mohd Izuddin didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Februari untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 12 Januari lalu, Mohd Izuddin didakwa memandu secara berbahaya sehingga berlaku kemalangan dan menyebabkan kematian Syakirah Hanan Mazli, 25, di lampu isyarat Jalan Kemajuan, di sini pada 1.55 petang, 5 Januari mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, Mahkamah Majistret memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru selepas dilaporkan mengambil ubat psikotropik.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img