SPRM kenal pasti beberapa lagi kementerian terkait isu perolehan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kementerian yang terlibat dalam isu perolehan dan kini dalam radar pemerhatian suruhanjaya itu.

Tanpa mendedahkan kementerian yang terlibat, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius isu ketirisan dalam perolehan dan akan bertindak segera bagi menanganinya.

“SPRM akan melakukan tindakan agresif (memerangi ketirisan) ini kerana ia adalah tanggungjawab agensi ini untuk menyelamatkan duit negara.

“Fasa ‘cuci pinggan mangkuk’ SPRM ini kami lakukan sejak 2009 lagi dengan melakukan pembersihan (rasuah),” katanya.

Azam berkata demikian dalam sidang media di Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di Kota Bharu, Kelantan  hari ini. Yang turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi Kementerian Pertahanan pintu sudah dibuka oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya menyambut baik dan hantar pegawai ke sana. Kami hanya ingin membantu mengenai isu perolehan membabitkan ketirisan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img