Pemandu pikap rentung dirempuh treler

SEORANG pemandu pikap rentung selepas kenderaan dipandunya dipercayai dirempuh sebuah treler dan terbakar di Kilometer 193.8 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.15 pagi dan tiba di lokasi jam 2.28 pagi.

“Di lokasi, didapati kebakaran membabitkan treler dan pikap. Terdapat seorang mangsa tersepit dalam pikap manakala pemandu treler berusia 54 tahun dapat keluar dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, mangsa rentung dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada polis.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img