Lelaki ditemui tercampak dalam parit selepas motosikal bertembung SUV

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung Perodua Aruz berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I Abdul Rahman Rosliee berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.32 pagi dan tiba di lokasi jam 12.47 pagi.

Penunggang motosikal berusia 30-an ditemui dalam parit berdekatan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu Perodua Aruz tidak cedera.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.07 pagi,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img