Pempengaruh Tik Tok penebar roti canai maut dalam kemalangan

SEORANG pempengaruh TikTok maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra di Kuantan pada awal pagi semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa, Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, 21, beralamat di Tanah Putih Baru disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, seorang lagi penunggang, lelaki berusia 20 tahun, dilaporkan cedera di bahagian tangan, siku dan paha.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua penunggang terbabit dalam perjalanan dari arah Tanjung Lumpur menuju ke Bandar Kuantan.

“Ketika tiba di lolasi kejadian, semasa mangsa sedang bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang pelajar sebuah politeknik di Kuantan dari arah belakang telah merempuhnya.

“Pelanggaran itu dipercayai berlaku ketika penunggang terbabit cuba mengelak motosikal mangsa ke kiri. Pada masa sama, mangsa juga mengelak arah sama hingga berlaku perlanggaran,” katanya lapor Astro Awani.

Ashari berkata, akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah beliau, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan.Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Athira Auni dikenali sering berkongsi ‘live’ di Tiktok menjadi penebar roti canai di warung ayahnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img