‘’Jangan terpengaruh provokasi, kita akan buat keputusan sendiri’’ – kata Anthony Loke

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthonu Loke meminta ahli parti itu tidak mengikut rentak pihak lain serta tidak mudah diprovokasi berhubung isu desakan supaya DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Katanya,  DAP tidak akan membuat sebarang keputusan berdasarkan tekanan mana-mana pihak, sebaliknya akan menentukan hala tuju parti mengikut pertimbangan sendiri demi kepentingan parti dan pengundi yang diwakili.

“Saya menyerahkan kepada pimpinan DAP Melaka dan juga para perwakilan untuk membahaskannya dan perkara itu akan dilaporkan oleh Pengerusi DAP Melaka kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC),” katanya ketika berucap pada perasmian Konvensyen DAP Melaka hari ini, lapor Sinar Harian.

Semalam,Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar DAP supaya meletakkan jawatan di Melaka memandangkan parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Dr Akmal membuat kenyataan itu ketika berucap pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Susulan itu, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Allex Seah dari DAP, menerusi satu hantaran di Facebook menyatakan kesediaan ntuk meletakkan jawatan sekiranya Kerajaan Perpaduan Negeri Melaka dibubarkan.

Anthony menegaskan DAP tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan dan akan menilai perkembangan semasa dalam tempoh enam bulan akan datang sebelum membuat ketetapan.

“Dalam tempoh enam bulan ini kita akan melihat keadaan dan kemudian membuat keputusan. Saya tidak mahu kita membuat sebarang keputusan hanya kerana mengikut rentak orang lain.

“Kita tidak perlu mengikut rentak sesiapa. Apa yang penting ialah kita membuat keputusan terbaik, bukan sahaja untuk parti tetapi juga untuk pengundi yang kita wakili. Itu yang paling utama,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli dan pimpinan parti agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasi atau cabaran pihak tertentu.

“Kita jangan mudah diprovokasi atau dicabar. Kita bukan takut dicabar, kita tidak pernah takut dicabar, malah kita pantang dicabar.

“Namun pada masa yang sama, kita jangan mudah diprovokasi. Kita akan membuat keputusan sendiri. Tidak perlu orang lain memberitahu apa yang kita perlu buat. Apa yang seharusnya kita lakukan ditentukan oleh kita sendiri, bukan oleh orang lain,” tegasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img