PM arah penguatkuasaan lebih tegas kekang ketirisan, penyeludupan minyak

*Penjawat awam secara berperingkat bekerja dari rumah

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan minyak.

Katanya, semua agensi dan jentera Kerajaan harus lebih tegas dan waspada bagi mengelakkan ketika subsidi diberikan, pada masa sama kegiatan penyeludupan mencecah ratusan juta ringgit setiap bulan.

‘’Oleh itu, amaran keras harus diberikan sekarang dan setiap langkah penyeludupan akan berhadapan dengan seluruh kekuatan jentera kerajaan,’’ katanya dalam perutusan khas bagi memaklumkan langkah kerajaan untuk berhadapan krisis ekonomi berikutan konflik Asia Barat.

Anwar juga  mengucap terima kasih kepada rakyat yang cakna, dan sementara menerima keputusan itu dengan sabar dan bijaksana, tetapi ramai yang telah mengambil tanggungjawab menghalang ketirisan.

‘’Mereka melapor di stesen minyak,  kepada agensi penguatkuasaan tentang penipuan atau melalui media sosial mereka tentang penyalahgunaan  subsidi minyak, sama ada oleh orang asing ataupun orang tempatan yang bersekongkol untuk merompak kekayaan negara,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata, langkah-langkah lain sedang difikirkan termasuk keputusan menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah.

‘’Penjawat-penjawat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari rumah dan saya percaya insya-Allah, selain daripada sektor awam kita juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakan sepertimana yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan bank selama ini,’’ katanya.

Beliau berkata, pihak kerajaan akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia.

‘’(Pertumbuhan) ini agak luar biasa, dan terkecuali kerana setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia, kita lihat Malaysia ini masih mendapat tarikan, menjadi pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif sepertimana yang kita umumkan beberapa langkah setelah kemelut dan peperangan ini masih ramai yang datang.

‘’Jadi kita doakan, biar kekal negara ini aman biar rakyat baik sektor awam dan swasta bekerja secara gigih dan bersungguh-sungguh dan biar kita tingkatkan keupayaan ekonomi kita dalam tiap ujian, cabaran daripada Allah Subhanahu wa ta’ala dan keadaan yang berlaku di dunia masih ada kesempatan untuk memperbaiki danmeningkatkan keupayaan kita,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img