Polis nafi pergaduhan di Hospital Bukit Mertajam

POLIS Pulau Pinang menafikan penularan sebuah di media sosial yang mendakwa berlaku pergaduhan di hadapan Hospital Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Polis Daerah Pulau Pinang, Azizee Ismail berkata, video berkenaan sebenarnya rakaman lama berlaku pada 2023 dan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian semalam.

Tambahnya, semakan polis juga mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di kawasan hospital tersebut.

“Semalam hanya berlangsung perarakan keagamaan dan upacara sembahyang tahunan (Thiruvilla),” katanya, lapor FMT.

Azizee berkata, perarakan keagamaan itu berjalan lancar dan selesai sekitar 11.30 malam tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular sebuah video dikongsi beberapa personaliti di media sosial yang menunjukkan pergaduhan didakwa di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Penularan video itu dilatari dengan rancangan pihak tertentu yang mahu mengadakan perhimpunan untuk membantah kewujudan kuil berhampiran hospital terbabit.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer turut membuat laporan polis berhubung hantaran Facebook yang mendakwa ada rancangan untuk merobohkan sebuah kuil Hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa pendakwah bebas Zamri Vinoth telah memuat naik kandungan bersifat provokasi yang mampu mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img