Polis reman tiga individu ganggu ucapan Azam Baki dalam majlis di WTC

POLIS menahan reman tiga aktivis bagi membantu siasatan gangguan ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur (WTC) semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perintah reman terhadap ketiga-tiga individu terbabit bermula hari ini.

Menurutnya, mereka ditahan dan disiasat atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melakukan hasutan, ugutan serta menceroboh.

“Siasatan masih dibuat dan permohonan reman sudah dibuat terhadap tiga individu berkenaan.

“Kita cuba melengkapkan siasatan segera dan kita akan rujuk kepada perundangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu berlaku ketika Azam menyampaikan ucaptama pada program Wacana Ilmiah Perdana anjuran SPRM dan Asia e University (AeU) di WTC.

Dalam kejadian itu, dua lelaki dilihat berjalan menuju ke arah Azam dan mengangkat sepanduk serta menjerit.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img