SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera digigit anjing ketika menunggang basikal di jalan berhampiran kawasan rumahnya di Batu 9, Cheras, Selangor, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang apabila anjing yang berada di kawasan berkenaan menyerang dan menggigit mangsa.
“Tindakan pantas beberapa jiran yang datang membantu berjaya menghalau anjing berkenaan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu dan kini dirawat di wad kanak- kanak Hospital Kajang serta berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Naazron berkata susulan kejadian itu, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menangkap anjing tersebut dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada anjing itu berdaftar sebagai haiwan peliharaan atau sebaliknya.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun.


