Wanita berkostum anime ‘Korumi Tokisaki’ maut jatuh kondo

SEORANG wanita dengan kostum anime ‘Korumi Tokisaki’ ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkap sebuah kondominium di Bayan Lepas, 9.20 malam tadi.

Mayat mangsa yang berambut perang seakan warna merah jambu itu dijumpai orang awam di petak parkir kereta, aras bawah perumahan terbabit.

Difahamkan, kejadian disedari penduduk selepas terdengar dentuman kuat dari lokasi kejadian, berhadapan sebuah tadika.

“Kami sangka berlaku kejadian gempa bumi tetapi gegaran itu berlaku hanya sekali.

“Bunyi kuat seperti 10 tong gas jatuh dari tempat tinggi. Saya terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring dalam keadaan sudah tidak sempurna,” dakwa salah seorang penghuni berhampiran tempat kejadian, lapor Kosmo!.

Dalam pada itu, dakwa penduduk lagi, mangsa juga seringkali dilihat mengenakan cosplay anime yang lengkap sambil membawa anak patung dan duduk di batu berhampiran lobi lif.

Malah, mereka turut mendakwa kali terakhir melihat mangsa dengan seorang wanita dipercayai ibunya petang semalam.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, kira-kira pukul 12.30 malam tadi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img