Polis siasat laporan dakwa budak autisme dikurung di taska Shah Alam

POLIS sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak lelaki autisme dikurung di sebuah taska swasta di Shah Alam, selepas menerima tiga laporan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit turut membuat laporan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke taska berkenaan sejak berusia kira-kira lima tahun dan kini berumur 10 hingga 11 tahun.

“Polis juga merakam percakapan seorang pempengaruh media sosial untuk membantu siasatan kes ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, polis telah menerima beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak taska itu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan berdasarkan video tular, beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam didakwa mengurung seorang kanak-kanak autisme dalam bilik stor.

Polis kemudian dilaporkan meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung video tular keadaan sebuah taska dan perbuatan penjaganya terhadap anak asuhan tampil membantu siasatan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, siasatan terperinci akan dijalankan selepas menerima laporan daripada Timbalan Ketua Pengarah Mara, yang dimaklumkan seorang pempengaruh terkenal, berhubung dakwaan kanak-kanak didera pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img