Lelaki ditampar polis akhirnya tampil buat laporan

POLIS mengesahkan lelaki berusia 21 yang ditampar anggota polis di sebuah stesen minyak dekat Taman Perling tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, lelaki tempata itu membuat laporan pada pukul 6.17 petang semalam.

“Laporan itu dibuat dibuat mangsa yang mendakwa ditampar oleh seorang anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan di sebuah stesen minyak sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara bagi pemeriksaan lanjut terhadap motosikal miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan kejadian terbabit tular dan mendapat kecaman hebat netizen.

Tindakan anggota polis yang dirakam kamera belakang sebuah kenderaan itu menjadi perdebatan hangat dan menggesa supaya tindakan tegas diambil.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img