Projek belum wujud : Datuk Bandar Bekasi dan bapa ditahan minta rasuah RM2.3 juta

SURUHANJAYA Pemberantasan Rasuah (KPK) Indonesia berjaya menggagalkan permufakatan jenayah membabitkan Bupati (Datuk Bandar) Bekasi, Ade Kuswara, dan bapanya, HM Kunang, selepas kedua-duanya ditahan dalam operasi  kerana menerima rasuah berkaitan projek yang belum wujud.

Menurut KPK, Ade Kuswara (ADK) dan bapanya menerima bayaran pendahuluan projek atau ijon berjumlah Rp9.5 miliyar (RM2.3 juta) sebagai jaminan bagi mendapatkan projek pada masa hadapan. Kedua-duanya kini telah ditetapkan sebagai suspek dan terus ditahan bagi membantu siasatan.

Pemangku Timbalan Pendakwaan dan Pelaksanaan KPK, Asep Guntur Rahayu, berkata projek-projek berkenaan dirancang untuk bermula pada tahun hadapan, manakala wang tersebut merupakan bayaran pendahuluan bagi memastikan projek diberikan kepada pihak tertentu.

“Selepas dilantik pada penghujung tahun lalu, iaitu akhir 2024, ADK mula menjalin komunikasi dengan SRJ, seorang kontraktor yang kerap melaksanakan projek di Kabupaten Bekasi.

‘’Memandangkan projek tersebut masih belum wujud, perancangan dibuat untuk projek tahun 2026 dan seterusnya. Namun, ADK kerap meminta sejumlah wang walaupun projek berkenaan belum dimulakan,” katanya lapor detik.com

KPK memaklumkan Ade Kuswara dan HM Kunang menerima bayaran tersebut sebanyak empat kali, dengan penyerahan wang dilakukan melalui orang tengah.

“Jumlah keseluruhan bayaran ijon yang diberikan oleh SRJ kepada ADK dan HMK adalah Rp9.5 bilion (RM2.3 juta), yang diserahkan dalam empat transaksi berasingan melalui perantara,” jelas Asep.

Dalam operasi tangkap tangan tersebut, KPK turut merampas wang tunai berjumlah Rp200 juta (RM48,800) di kediaman Ade Kuswara sebagai bahan bukti, katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img