SEORANG pegawai Jabatan Imigresen dikesan menyimpan wang berjumlah kira-kira RM1.5 juta dalam akaun miliknya dan keluarga dalam serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM melalui akaun Tik Tok memaklumkan, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih RM1 juta dalam akaun Tabung Haji atasi namanya, isteri dan anak-anak manakala lebih RM400,000 pula disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Selain itu turut dirampas daripada suspek lelaki itu ialah barang kemas anggaran bernilai RM60,000 serta wang tunai berjumlah RM13,900.
Selain itu SPRM Kuala Lumpur turut merampas wang tunai berjumlah RM150,000 yang mana RM125,000 dijumpai di atas bumbung rumah seorang pegawai wanita barangan kemas bernilai anggaram RM15,000.
Manakala seorang lagi suspek wanita pula dijumpai menyimpan barang kemas bernilai anggaran RM80,000 serta wang tunai berjumlah RM41,470 dan 13,300 bath.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, ketiga-tiga suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket counter setting yang mana mereka dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
Katanya, Op Rentas telah dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasan lalu.


