Rasuah : Seorang lagi pegawai tertinggi ATM akan didakwa dalam masa terdekat

SEORANG  lagi pegawai pengurusan tertinggi tentera disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan dituduh dalam masa terdekat berkaitan isu rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan melibatkan individu itu sudah sampai ke penghujung dan jika dipersetujui Peguam Negara, pegawai pengurusan tertinggi terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

Katanya, mula-mula siasatan ke arah beliau dahulu, selepas itu akan ada rentetan lain.

“Kerana ini satu perkara yang tidak boleh dibiarkan. Kalau saya tidak ambil tindakan akan timbul persepsi dan kedua saya akan berasa bersalah apabila tanggungjawab saya tidak tertunai.

“Seolah-olah kes besar lepas kes kecil tidak lepas… ini adalah ketidakadilan,” katanya kepada Harian Metro di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Azam berkata, beliau tidak mahu bercakap banyak mengenai keadilan kerana nanti akan banyak yang berhujah.

“Tetapi pandangan saya keadilan ini bergantung pada situasi, dalam hal ini semakin besar pangkatnya jika beliau melakukan kesalahan kena bawa ke mahkamah.

“Beliau (pegawai tertinggi) akan dituduh terus. Saya akan minta AG (Peguam Negara) cadangan untuk menuduh, setakat tangkap itu tangkaplah tetapi lepas tangkap kita tidak mahu simpan lama sebaliknya akan terus dituduh,” katanya.

Beliau berkata, individu terbabit disiasat berkaitan isu rasuah melibatkan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ditanya mengenai jumlah wang rasuah terlibat bagaimanapun Azam berkata, jumlahnya masih belum boleh didedahkan namun yang penting pangkatnya.

“Dan kes yang disiasat juga berlainan dengan siasatan dijalankan ke atas bekas Panglima Tentera Darat (PTD),” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img