Remaja tukar pengakuan kepada bersalah memandu berbahaya hingga sebabkan kematian 3 individu

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga individu pada Mac lepas.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menetapkan 25 Feb depan untuk fakta kes dan penyediaan laporan sosial sebelum menjatuhkan hukuman terhadap remaja itu.

Remaja itu didakwa memandu kenderaan Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17, di Jalan Persiaran Senawang 1 pada 8.30 malam 6 Mac.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P. Rubini, manakala remaja berkenaan diwakili peguam Arif Azmi.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan remaja berusia 17 tahun itu pada 19 Nov lepas, untuk mengkaji pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan tiga remaja maut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img