PM mahu anggota Kabinet pastikan pelaksanaan dasar bergerak pantas bukan retorik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Madani bergerak dengan pantas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mahu semua barisan menteri berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan.

“Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar mesyuarat Kabinet Madani yang berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, di Istana Negara.

Untuk rekod, ini merupakan mesyuarat Kabinet pertama Jemaah Menteri Kerajaan Madani selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri semalam.

Semalam, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Madani melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img