Reman dua suspek kes bunuh di restoran disambung enam hari

POLIS berjaya mendapatkan lanjutan tempoh reman selama enam hari ke atas dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam serangan sekumpulan individu di sebuah restoran di Sungai Bakap pada 30 Disember lalu.

Lanjutan tempoh reman terhadap kedua-dua suspek berusia 23 dan 36 tahun itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan jika masih terdapat suspek lain terlibat.

“Siasatan masih berjalan dan setakat ini, 14 suspek ditahan serta masih dalam tempoh reman,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Sebelum ini dilaporkan tiga mangsa yang merupakan peniaga diserang lebih 15 lelaki semasa sedang minum di sebuah restoran, menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang kritikal, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati mengenai masalah hutang.

Mangsa iaitu lelaki berusia 59 tahun yang cedera parah akibat tetakan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia manakala dua lagi yang cedera parah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img