Saifuddin Ahli Parlimen kedua dipecat daripada Bersatu

AHLI Parlimen Indera Putra, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi Ahli Parlimen kedua daripada Bersatu yang dipecat oleh parti tersebut.

Pemecatan  Saifuddin yang berkuat kuasa hari ini dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin Bersatu melalui sepucuk surat semalam.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin dipecat hak keahlian dalam parti kerana tindakan beliau yang melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti.

Bagaimanapun, Lembaga Disiplin Bersatu memberi tempoh 14 hari berkuatkuasa hari ini untuk Saifuddin mengemukakan rayuan.

Sebelum ini Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful turut dipecat manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung keahlian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img