Rumah Cikgu Chandra diserang lagi, terima ugutan bekas ahli politik

KEDIAMAN aktivis, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra sekali lagi diserang dan menerima ugutan daripada seorang bekas ahli politik yang juga pempengaruh media sosial pagi ini.

Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku jam 8.15 pagi tadi apabila lelaki itu bersama beberapa individu lain datang ke rumahnya dan membuat ugutan.

“Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi.

“Bagaimanapun, keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak diingini terjadi,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan Cikgu Chandra tetap akan tinggal di kediamannya dan tidak akan berpindah.

Polis turut membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di perumahan Taman Kinrara, Puchong di sini, pada 9 Mac lalu dan kelmarin.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img