Kes samun kedai emas di Klang hanya latihan – Polis

KLIP video tular memaparkan sepasukan polis menahan individu di kawasan Klang Utara yang tular sejak semalam hanyalah latihan amal simulasi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, latih amal simulasi MPV/URB itu dijalankan pada jam 10 pagi, Sabtu, oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Menurutnya, seramai dua pegawai dan 26 pegawai rendah IPD Klang Utara terlibat menjayakan latihan ini.

“Latihan ini melibatkan koordinasi bersama Cawangan Pusat Kawalan Polis Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Klang Utara.

“Ia bagi mengkaji keberkesanan dan kesiapsiagaan anggota-anggota MPV, URB dan pusat kawalan dalam menghadapi situasi mengejar penjenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang menimbulkan keresahan masyarakat

Tambahnya, tindakan akan diambil terhadap individu yang menyebarkan perkara tidak benar mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, tular satu rakaman video di Facebook mendakwa berlaku tangkapan melibatkan kes samun kedai emas di Klang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img