Warga emas rugi RM658,000 akibat pelaburan palsu dalam talian

SINDIKET penipuan dalam talian terus menjadikan warga emas sebagai sasaran bagi mendapatkan wang secara haram.

Terbaru, seorang lelaki  warga emas kerugian RM659,000 akibat diperdaya pelaburan palsu dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pada awalnya nombor telefon lelaki itu telah dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan pada 12 September lalu.

Menurutnya, mangsa ditawarkan pelaburan off market sebelum berurusan dengan dua individu masing-masing seorang wanita dan lelaki.

“Mangsa yang terperdaya dengan tawaran dan keuntungan lumayan dijanjikan telah membuat lapan transaksi ke dua akaun berbeza bermula 7 Oktober hingga 29 Oktober lalu berjumlah RM659,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Terutama yang melalui media sosial, aplikasi mesej atau laman web yang meragukan dan tidak mempunyai lesen sah daripada Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Orang ramai perlu menyemak kesahihan syarikat pelaburan melalui laman web rasmi BNM atau SC.

“Usah mudah percaya dengan testimoni atau bukti keuntungan yang ditunjukkan di media sosial, sekali gus elak berkongsi maklumat peribadi atau akaun bank kepada pihak tidak dikenali,” nasihat beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img