Samun wanita Vietnam: Polis tahan lelaki miliki 12 rekod jenayah

POLIS menahan seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau kerana disyaki menyamun seorang wanita warga Vietnam di Taman Sri Bahtera di ibu negara, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa yang berusia 23 tahun berada di sebuah tokong bersebelahan padang permainan sebelum didatangi seorang lelaki yang melarikan barangan miliknya.

Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

Ketua Polis Daerah Cheras,  berkata, mangsa membuat laporan polis pada hari sama berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan suspek di kawasan sekitar Taman Sri Bahtera pada jam 9.15 malam, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pembantu gerai burger.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati nilai kerugian yang dialami mangsa dianggarkan berjumlah RM8,000, membabitkan sebuah telefon bimbit iPhone 17 Pro Max, sepasang AirPods dan wang tunai RM150.

“Suspek kini direman selama empat hari, bermula semalam hingga Jumaat, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img