Seorang pegawai tertinggi ATM bakal didakwa esok

SEORANG pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini bagi membantu siasatan kes rasuah, akan didakwa di mahkamah esok, lapor BH.

Difahamkan, pertuduhan itu dibuat selepas SPRM mengemukakan kertas siasatan bagi Ops Parasit kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), kelmarin.

Sebelum ini, pegawai tinggi berusia 58 tahun itu bersama dua ahli keluarganya ditahan SPRM bagi melengkapkan siasatan oleh pegawai penyiasat berhubung kes tender perolehan ATM.

Dalam Ops Parasit, SPRM pada 7 Januari lalu menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkait projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Sejak 23 Disember lalu, siasatan SPRM bermula apabila agensi itu hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.

Ketika ini, SPRM sudah melengkapkan siasatan itu dan kertas siasatan berkenaan turut diserahkan kepada pendakwa raya untuk kajian pertuduhan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum ini ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan kertas siasatan bagi Ops Parasit dan Ops Star kepada Jabatan Peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Dalam siasatan membabitkan pegawai tertinggi ATM, kita sudah menyelesaikan kertas siasatan berkenaan dan menyerahkan cadangan pertuduhan kepada pihak pendakwa raya pada 19 Januari bagi tujuan kajian dan arahan lanjut.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai perkembangan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img