Sindiket jual arak elak cukai jadikan rumah sewa sebagai stor diserbu, minuman keras bernilai RM1.73 juta dirampas

PASUKAN Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penjualan arak tidak bercukai selepas merampas pelbagai jenis minuman keras bernilai RM1.73 juta dalam serbuan di dua rumah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada Selasa lalu.

Dalam operasi Ops Taring Alpha 2 itu, pasukan tersebut mengesan sindiket menjadikan rumah yang disewa di taman perumahan sebagai stor penyimpanan arak sebelum dijual.

SEBAHAGIAN daripada minuman keras bernilai RM1.73 juta yang dirampas Batalion 5 PGA selepas menyerbu dua rumah sewa dijadikan stor penyimpanan di Taman Bukit Indah, Johor Bahru Selasa lalu. GAMBAR: Batalion 5 PGA

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Salehin Suleiman berkata, turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu ialah tiga lelaki berusia antara 18 hingga 39 tahun.

“Semasa  pemeriksaan, kami menemukan karton dan kotak arak pelbagai jenama yang dibeli dari kawasan zon bebas cukai.

“Modus operandi sindiket ini adalah membeli dan membawa bekalan arak dari zon bebas cukai yang akan dipecahkan mengikut permintaan pembeli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Salehin, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas  dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Toyota Innova.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img