SPRM syor tujuh penambahbaikan tata kelola LKIM Sabah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengemukakan tujuh syor penambahbaikan bagi memperkukuh tata kelola pengurusan pendahuluan diri Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah yang membentangkan syor itu berkata, tujuh syor itu adalah usaha meningkatkan akauntabiliti melalui pelaksanaan prinsip-prinsip tatakelola yang baik selari dengan keperluan, cabaran persekitaran masa kini dan akan datang.

Menurut beliau, kelemahan yang dikenal pasti ini boleh membuka ruang dan peluang berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Antara syor tersebut adalah mewujudkan akaun bank khas bagi penggunaan dan penerimaan wang pendahuluan diri atas nama jawatan Pengurus Besar.

“Selain itu, SPRM turut mencadangkan supaya diwujudkan satu garis panduan berhubung wang pendahuluan diri yang diberikan kepada Pengurus Besar di PNK dari LKIM,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, syor lain yang dicadangkan adalah penyediaan laporan perbelanjaan sebenar berserta bil-bil sokongan yang dikemukakan oleh Pengurus dalam tempoh tujuh hari selepas program selesai dilaksanakan.

Katanya, cadangan lain adalah melaksanakan pemantauan dan semakan terhadap penggunaan wang pendahuluan diri oleh Pengurus Besar setiap kali program PNK yang dijalankan

“Selain itu cadangan juga dibuat agar dilakukan pindaan pada Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2017-Perkara 3.1 dengan menyatakan ‘pendahuluan diri’ merujuk kepada pengeluaran wang dalam bentuk cek atas nama Pengurus Besar Persatuan Nelayan.

“Ini digunakan sebagai perbelanjaan khusus bagi menguruskan projek kontrak ditawarkan oleh LKIM atau pihak-pihak lain dan pendahuluan diri tidak dibenarkan masuk ke dalam akaun peribadi Pengurus Besar,” jelasnya.

Menurut beliau, kesemua syor ini dilaksanakan susulan hasil siasatan awal yang dijalankan oleh SPRM Sabah berhubung isu wang pendahuluan diri bagi program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh PNK dimasukkan ke dalam akaun peribadi Pengurus Besar PNK.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img