SPRM tahan 5 individu dipercayai terlibat perbuatan rasuah berkaitan urusan syarikat kroni  pegawai kanan TLDM

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu bagi membantu siasatan ke atas syarikat-syarikat yang dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan urusan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perintah reman terhadap kesemua individu berkenaan telah dikeluarkan oleh Majistret Ezrene binti Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mahkamah membenarkan seorang individu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Januari, manakala empat individu lain juga direman selama tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut sumber, kesemua individu yang direman terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus serta pemilik syarikat dipercayai mempunyai hubungkait dengan syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM yang mendapat kerja-kerja di TLDM Lumut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi mengesahkan perkembangan tersebut. Beliau berkata siasatan dijalankan secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img