Suspek samun pasangan kekasih dalam kereta didakwa merompak dan serangan seksual

SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan merompak sepasang kekasih dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa wanita di Setapak, minggu lalu.

Haziq Asyraff Abu Zarin, 24, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Mengikut pertuduhan pertama, Haziq Asyraff didakwa merompak dua telefon bimbit milik mangsa di tempat letak kereta sebuah medan selera di Taman Ayer Panas, Setapak antara jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi, 7 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa wanita melakukan seks luar tabii di lokasi dan waktu yang sama, satu kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saravanan Meyappan manakala Haziq Asyraff diwakili peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie dan Carenjit Kaur.

Pihak pembela memberitahu mahkamah bahawa tertuduh masih bujang, tiada pendapatan tetap dan bekerja di sebuah kedai motosikal sebelum dipecat.

Mereka juga memaklumkan bahawa Haziq Asyraff mengalami kecederaan lutut dan menjalani pembedahan pada Julai tahun lalu, dengan temujanji susulan dijadualkan pada 9 Februari ini.

Katanya, kakak tertuduh bersedia menjadi penjamin dan memberi jaminan bahawa tertuduh tidak akan melarikan diri.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mazuliana membenarkan Haziq Asyraff diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengarahkannya melapor diri ke balai polis sebulan sekali.

Mahkamah turut menetapkan 10 Februari depan untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Pada 10 Januari lalu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat menyamun sepasang kekasih selain memaksa mangsa wanita melakukan aksi tidak senonoh dalam kejadian di Ayer Panas, Setapak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun berada di dalam sebuah kereta bersama teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dihampiri  suspek.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img