Tempohan tahanan di hospital tidak dikira, Thaksin diperintah jalani hukuman setahun di penjara

SELEPAS anaknya, Paetongtarn Shinawatra, disingkirkan sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Agung Thailand, bekas Perdana Menteri negara, Thaksin Shinawatra hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah hukuman itu dikeluarkan selepas mahkamah memutuskan tempoh tahanan Thaksin di hospital pada 2023 tidak boleh dikira sebagai tempoh hukuman kerana tidak dijalankan mengikut prosedur yang sah.

Thaksin yang menjadi Perdana Menteri Thailand pada 2001 dan 2005 sebelum digulingkan dalam rampasan tentera kembali ke Thailand pada Ogos 2023 selepas hidup di luar negara.

Kepulangan beliau ‘disambut’ dengan dihadap ke mahkamah atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa serta dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara.

Bagaimanapun Thaksin dipindahkan ke Hospital Polis Bangkok setelah beberapa jam dalam penjara selepas mengadu sakit jantung dan dada.

Hukuman penjara itu kemudian diringankan kepada setahun oleh Raja Thailand, dan Thaksin dibebaskan bersyarat selepas enam bulan — keseluruhannya dijalani di bilik kenamaan hospital berkenaan.

Nasib yang menimpa Thaksin sudah tentulah tamparan hebat kepada beliau  kerana ia berlaku hanya selepas 11 hari anaknya, Paetongtarn dipecat  daripada jawatan Perdana Menteri oleh mahkamah berikutan kontroversi perbualan telefon Paetongtarn dengan pemimpin Kemboja Hun sen.

Kerajaan Paetongtarn tumbang Jumaat lalu selepas dicabar oleh Anutin Charnvirakul, yang dipilih Parlimen sebagai Perdana Menteri baharu — satu tamparan hebat buat parti Pheu Thai yang sebelum ini digerakkan Thaksin.

Thaksin kembali ke Thailand pada Isnin selepas menimbulkan spekulasi kononnya melarikan diri daripada siasatan.

Dalam satu hantaran di X, beliau menjelaskan ke Singapura untuk pemeriksaan kesihatan, namun pesawatnya terpaksa mendarat di Dubai susulan penutupan lapangan terbang.

Bulan lalu, kes menghina institusi diraja yang dihadapi Thaksin digugurkan kerana mahkamah mendapati bukti tidak mencukupi.

Kes itu berpunca daripada temu bual media pada 2015 ketika beliau berada dalam buangan, dibawa oleh pihak tentera diraja yang menggulingkan Thaksin pada 2006 dan adiknya, Yingluck Shinawatra, pada 2014.

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img