Usaha memacu pertumbuhan ekonomi perlu seiring dengan tindakan banteras ketirisan, rasuah – Anwar

USAHA memacu pertumbuhan ekonomi negara tidak akan ke mana jika hanya bersandar kepada kekuatan ekonomi semata-mata, sebaliknya mesti digerakkan seiring dengan tadbir urus yang baik serta tindakan berterusan membanteras ketirisan dan rasuah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sejarah membuktikan banyak negara berdepan cabaran apabila membiarkan budaya penyelewengan dan salah guna kuasa berakar umbi, meskipun mempunyai dana, pengaruh dan kekuatan ekonomi.

“Kita bicara tentang perlunya memacu pertumbuhan, tetapi dalam mana-mana negara, kekuatan ekonomi sahaja tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah sekiranya keterlanjuran dari segi ketirisan dan rasuah dibiarkan berterusan.

“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan (kementerian, GLC, swasta) kerana mereka menunjukkan sikap keberanian dan ketegasan dalam membersihkan jentera sama ada di peringkat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau swasta daripada kebiasaan melanggar peraturan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025 di Kuala Lumpur hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img