Terjun dari kereta bergerak elak dipukul suami

SEORANG wanita bertindak nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada dipukul suami dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu laporan diterima daripada mangsa yang mendakwa berlaku pergelutan semasa berada dalam kereta bersama suami di mana wanita itu berusaha untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, mangsa mendakwa secara tiba-tiba dipaksa masuk daripada keretanya ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang pada jam kira-kira 6 petang.

“Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

“Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami,” katanya, lapor Sinar Harian.

Hanyan berkata, berdasarkan siasatan awal, pasangan itu telah berkahwin sejak Oktober 2024 dan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

Susulan kejadian, suami mangsa telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Perintah reman dibenarkan Mahkamah Sungai Petani selama dua hari bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img