Tujuh pegawai penguat kuasa direman disyaki rasuah proses permohonan pemutihan

TUJUH pegawai agensi penguat kuasa direman kerana disyaki terlibat rasuah bagi mempercepatkan proses permohonan pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Perintah reman selama tiga hari hingga 15 Nov dikeluarkan Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sumber berkata, semua suspek melibatkan empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Op Bleach dijalankan Bahagian Perisikan SPRM, semalam, lapor FMT.

Katanya, suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan bagi mempercepat permohonan pendatang asing yang berada di negara ini sebagai pekerja asing sah menerusi program RTK.

“Op Bleach adalah operasi susulan SPRM berkait sindiket ‘counter setting’ menerusi Op Rentas dan Op Dygo dijalankan baru-baru ini,” katanya.

Sumber berkata, susulan tangkapan itu, SPRM menyita wang tunai lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas serta kepingan emas, tiga unit kereta serta dua motosikal.

Semalam, SPRM menahan 11 individu bagaimanapun empat daripadanya dilepaskan dengan jaminan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img