Terperdaya tawaran hadiah tidak wujud: Operator kilang kerugian lebih RM70,000

AKIBAT terperdaya dengan individu yang hanya dikenali menerusi laman sosial Facebook, seorang operator kilang kerugian RM72,175 setelah `melabur’ wang yang dikumpulnya kepada sindiket penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.

Mangsa, seorang wanita berusia 59 tahun itu terperdaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah kononnya mengandungi wang USD195,000 (RM809,250) daripada seorang individu yang dikenalinya menerusi laman sosial.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudian membuat 12 kali transaksi pembayaran ke dalam satu akaun bank berjumlah keseluruhan RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu apabila merujuk hal berkenaan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Roslan berkata, wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes ini sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img