Tertuduh kes letupan di Nilai meninggal dunia di HKL

LELAKI warga emas yang didakwa atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Nilai pada Disember lalu disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, Yeoh Hock Sun, 63, atau dikenali sebagai Ayang meninggal dunia jam 8.30 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

YEOH Hock Sun, tertuduh kes letupan di Desa Palma, Nilai pada 22 Disember lalu meninggal dunia di HKL malam ini

“Kematiannya dimaklumkan oleh anggota pengiring Penjara Kajang.

“Punca kematian dikenal pasti akibat refretory shock iaitu keadaan renjatan shock yang tidak memberi tindak balas walaupun rawatan standard sudah diberikan secara optimum,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada 9 Januari lalu, tertuduh didakwa di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban kerana sedang dirawat akibat kecederaan dialami dalam letupan yang berlaku.

Dia bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan bahan letupan yang menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi L200 Triton milik seorang lelaki berusia 47 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 Disember 2025, kira-kira jam 5.55 pagi di kawasan parkir Blok A, Pangsapuri Desa Palma, Nilai.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img