Jemaah meninggal dunia selepas solat Isyak di Masjid Likas

SEORANG jemaah di Masjid Jamek Kampung Likas dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan malam kelmarin.

Berdasarkan perkongsian di Facebook masjid berkenaan, lelaki itu adalah jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid Jamek Kampung Likas, Kota Kinabalu, bagi menunaikan solat fardu.

“Arwah salah seorang jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardu.

“Pemergian Almarhum ini adalah keuntungan yang besar menuju ke masjid, selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dan bulan yang mulia bulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” katanya dalam perkongsian berkenaan, lapor Harian Metro.

Ramai netizen mengucapkan takziah dan menyifatkan pemergian arwah sesuatu yang dicemburui kerana meninggal dunia di masjid ketika menunaikan solat, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat dan hari pertama umat Islam berpuasa sempena bulan Ramadan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img