Tiga pemuda PN kata, keputusan mesti diputus MT, Pemuda Pas kata ‘’patut dulu lagi ada pendirian tu’’

TIGA pemimpin Pemuda Perikatan Nasional menegaskan, semua keputusan atas nama gabungan  mestilah dirujuk, dibincang dan diputuskan dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Dalam kenyataan itu, mereka berkata, ia selaras dengan Fasal 13 Perlembagaan Perikatan Nasional.

‘’Sebarang keputusan atau pendirian atas nama Perikatan Nasional juga bukan hak mutlak mana-mana’’ parti komponen secara unilateral. Biarpun semua parti komponen boleh menyatakan pandangan, namun pendirian Perikatan Nasional harus diputuskan secara konsensus bersama semua parti-parti komponen.,’’ kata mereka.

Sehubungan itu k ata Pemuda Perikatan Nasional menggesa kepimpinan di semua peringkat untuk mengamalkan politik hikmah, bijaksana serta memelihara adab dan etika gabungan bagi merealisasikan agenda lebih besar demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia.

Kenyataan itu dibuat oleh  Ketua ARMADA Bersatu, Hilman Idham, Ketua Pemuda Nasional Gerakan, Lee Boon Sian dan Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP, Justin Prabakaran.  Bagaimanapun nama Ketua Dewan Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden tidak disebut dalam kenyataan bersama itu.

Sementara itu Afnan Hamim dalam kenyataan berasingan berkata, beliau mengalu-alukan seruan sayap Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) supaya keputusan atas nama Perikatan Nasional mesti dirujuk ke majlis tertinggi gabungan.

Bahkan, Afnan Hamimi berkata pendirian sedemikian patut dinyatakan ketika pelantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN, yang diumumkan pada 10 Disember tahun lalu.

Ketika itu, sebelum nama Azmin diumumkan, Pemuda PAS mencadangkan Setiausaha Agung parti mereka, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilantik sebagai Setiausaha Agung, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga daripada Bersatu.

“Saya setuju setiap keputusan dibuat secara konsensus. Sepatutnya dulu semasa lantik jawatan termasuk setiausaha agung PN lagi keluar pendirian macam ini,” kata Afnan, lapor FMT.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img