Titah Sultan Selangor perlu dikuatkuasakan melalui tadbir urus, undang-undang – Hamzah

PENDIRIAN tegas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan kontroversi penternakan babi di negeri itu mencerminkan kebijaksanaan Raja Berperlembagaan yang berpaksikan tuntutan agama, kepentingan awam dan keharmonian sosial.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, titah baginda itu perlu dikuatkuasakan melalui tadbir urus kerajaan berserta penguatkuasaan undang-undang.

‘’Ia wajar menjadi pedoman kepada semua pihak khususnya kerajaan dan agensi berkaitan, agar setiap dasar serta tindakan yang diambil bukan sahaja selari dengan prinsip toleransi, tetapi mesti berjalan seiring dengan ketegasan mempertahankan kesucian agama, kepentingan rakyat dan kedaulatan undang-undang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas titah Sultan Sharafuddin yang mahu kawasan penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat dihentikan dan dipindahkan ke Bukit Tagar secara berfasa.

Selain itu baginda  juga menitahkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Senator Datuk Salehudin Saidin dan Mufti Negeri Selangor Datuk Dr. Anhar Opir  untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan LGBT.

Hamzah seterusnya berkata, sebarang usaha menormalisasikan aktiviti songsang yang bercanggah dengan agama, jati diri serta nilai-nilai kemanusiaan perlu ditangani dengan tegas, manakala isu penternakan babi mestilah melalui pematuhan ketat kepada peraturan alam sekitar, kesihatan awam, zon guna tanah dan sensitiviti masyarakat setempat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img