Tragedi Pantai Merdeka: Kementerian Pendidikan, IPG Perlis ucap takziah kepada keluarga dua pelajar

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan kementerian itu berharap seluruh keluarga pelajar terlibat diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

 Pengarah dan seluruh IPG Perlis turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang, yang merupakan pelajar PISMP PJ Ambilan Ogos 2025/2029 di IPG itu.

‘’Semoga seluruh ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,’’ kata IPG tersebut melalui Facebook.

Sementara itu jasad dua penuntut yang lemas ketika berkayak di perairan Pantai Merdeka, Sungai Petani, semalam, dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi proses bedah siasat.

Kedua-dua penuntut terlibat adalah penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani).

Difahamkan, dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa antara 33 penuntut sedang melakukan aktiviti kayak yang dianjurkan institut berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, dua penuntut sebuah institut perguruan di utara tanah air ditemukan lemas selepas kayak yang dinaiki mereka dipukul ombak di kawasan Pantai Merdeka di sini, petang semalam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img