Jika Hamzah sertai Pas, Bersatu ibarat ‘terpijak perangkap sendiri’

APABILA Bersatu membuat keputusan memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada parti itu, kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkan menjadi persoalan.

Ia memandangkan Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Larut sudah menjadi Ahli Parlimen Bebas. Atas hujah itu, maka rancak pemimpin-pemimpin Bersatu mendesak Pas untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang.

 Namun Pas tidak tergopoh seperti Bersatu yang menganggap dengan memecat Hamzah maka berakhirlah penglibatan beliau dalam Perikatan Nasional (PN).  Atas keterujaan mahu melihat Hamzah cepat-cepat diganti, Bersatu bersetuju jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh Pas maksudnya mana-mana Ahli Parlimen Pas berhak duduk di situ.

Tetapi Bersatu lupa Hamzah bukannya digantung tetapi dipecat, maka beliau berhak menyertai mana-mana parti. Oleh itu kalau ditakdirkan Hamzah menyertai Pas tidak salah jika beliau terus kekal sebagai ketua pembangkang.

Bersatu tidak boleh protes kerana mereka bersetuju jawatan ketua pembangkang disandang oleh AHLI PARLIMEN PAS..mereka tak pula kata ASAL BUKAN HAMZAH…jadi siapa Pas nak lantik…lantak Pas lah. Kalau Bersatu tidak bersetuju, parti itu boleh mengesyorkan supaya pengundian diadakan. 

Mungkin Bersatu boleh mencalonkan Ahli Parlimen Putrajaya Dr.Mohd Radzi Jidin. Tak kan Bersatu hendak calonkan Tan Sri  Muhyiddin Yassin pulak…tak bestla sebab Ahli Parlimen Pagoh itupun dah lepas jawatan Pengerusi Perikatan Nasional yang kini disandang Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar. Kalau berlaku pengundian…Apa juga keputusan  Bersatu kena terima…

Penulis percaya pemimpin Bersatu kini semakin gelisah berhubung siapa Ketua Pembangkang dan merasakan tidak mustahil mereka ibarat ’terkena perangkap yang mereka sendiri pasang.

Ia berikutan kenyataan Hamzah di Kuala Nerus semalam yang dilihat memberi bayangan tidak mustahil beliau menyertai Pas apabila menyatakan ‘’wadah politik tersebut mungkin sebuah parti sedia ada yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN)’’.

 Hamzah berkata, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah ‘rumah baharu’, sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baharu ditubuhkan secara rasmi.

Mungkin pemimpin Bersatu ‘sudah berpeluh walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin’ bila membaca lanjut kenyataan Hamzah yang menegaskan:

“Dia bila kita kata rumah baharu tu, apakah ia merupakan parti baharu ataupun parti yang sedia ada? Jawapannya adalah tidak semestinya parti yang baharu ditubuhkan.

“Ya… kemungkinan parti yang sedia ada. Insya-ALLAH, apa salahnya (menyertai Pas). Pada saya rumah saya itu rumah baru saya, tapi rumah itu mungkin sudah tersedia ada,’’ katanya kepada wartawan di Kuala Nerus semalam.

Kalaulah benar Hamzah menyertai Pas, apakah Pas akan dianggap mengkhianati Bersatu? Tak payahlah cakap pasal ‘khianat mengkhianati’…kalau nak cakap bab itu nanti orang suruh pemimpin Bersatu ‘pi tengok cermin’ kat Hotel Sheraton atau Perlis ….sampai ke sudah tak selesai masalah. Tunggu sahaja ke mana haluan politik Hamzah dan siapa Pas nak pilih jadi Ketua Pembangkang.

Cuma jadikanlah apa yang berlaku sebagai pengajaran bahawa dalam politik segala berkemungkinan. Musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi ketua. Betul tak?



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img