Tukar cip MyKad rosak secara percuma mulai 23 September hingga 7 Oktober – Saifuddin

ORANG ramai yang berhadapan dengan masalah cip MYKad rosak boleh melakukan penukaran cip secara percuma bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah untuk menikmati subsidi bersasar di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) mulai 30 September ini.

Ketika mengumumkan perkara itu,  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu diberikan secara percuma di semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula 23 September hingga 7 Oktober depan.

“Kerajaan prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh itu bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan purata dua bulan terkini, JPN menganggarkan sekitar 43,000 cip MyKad rosak setiap bulan.

“Berdasarkan purata dua bulan terkini, JPN menganggarkan sekitar 43,000 cip MyKad rosak setiap bulan. Kos keseluruhan bagi penukaran percuma ini dianggarkan mencecah RM714,660 termasuk kos lain yang berkaitan,” katanya.

Saifuddin turut mengingatkan rakyat supaya memastikan MyKad sentiasa berada dalam keadaan baik.

“MyKad bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95. Kos keseluruhan bagi penukaran percuma ini dianggarkan mencecah RM714,660 termasuk kos lain yang berkaitan,” katanya.

Mengikut rekod JPN, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak direkodkan antara Januari hingga Ogos 2025.

Trend permohonan turut menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan kebelakangan ini, iaitu 32,819 permohonan pada Jun, meningkat kepada 40,371 pada Julai.

Jumlah itu melonjak lagi kepada 45,411 pada Ogos, manakala bagi bulan September sehingga 21 haribulan sahaja, sebanyak 22,858 permohonan telah diterima.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img