UMNO mesti jadi pelopor pastikan Akta Pendanaan Politik diwujudkan segera

KETUA Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata UMNO mesti menjadi pelopor untuk pastikan Akta Pendanaan Politik segera diwujudkan.

Katanya, akta tersebut dalam usaha parti hendak membina sistem politik yang adil dan matang, dan ia memerlukan satu iltizam politik yang tinggi dan progresif.

“Dengan akta ini setiap sen yang masuk akan direkodkan dengan jelas, setiap sumbangan akan didedahkan secara telus, setiap penderma akan diketahui identiti mereka dan tiada lagi ruang untuk fitnah dan tohmahan.

“Ini bukan sahaja melindungi UMNO, ini melindungi demokrasi Malaysia. Ada pihak yang mungkin takut dengan Akta Pendanaan Politik ini. Takut terdedah. Takut terbongkar. Takut rahsia mereka terungkai. Tetapi bukan UMNO.

“UMNO adalah parti perjuangan. UMNO adalah parti yang berani. Kita sudah lebih tujuh dasawarsa mempertahankan maruah bangsa dan negara. Kita tidak akan tunduk kepada ketakutan atau keraguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO di Perhimpunan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Noraini menegaskan,  Akta Pendanaan Politik ini bukan sekadar satu undang-undang, sebaliknya ia adalah lambang kepada politik baharu Malaysia.

‘’ Politik yang bersih. Politik yang telus. Politik yang mengutamakan kepentingan rakyat. Inilah warisan yang kita mahu tinggalkan untuk anak cucu kita! Bukan warisan fitnah dan tohmahan. Bukan warisan syak wasangka dan tuduh-menuduh. Tetapi warisan politik yang mulia, yang berintegriti, yang boleh dibanggakan,” katanya lagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img