Ustaz Kumpul didakwa lakukan amang seksual dua murid lelaki

SEORANG guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki.

Tertuduh, Kumpul, 40, warganegara Indonesia mengaku bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak yang berumur 11 tahun tujuh bulan dan 10 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah sekolah rendah agama (SRA) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara April 2024 hingga November 2025, mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan Seksyen 16 (1) akta sama.

Seksyen 14 (a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16 (1) boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh dan terdapat risiko untuk tertuduh melarikan diri selain memohon tarikh fakta serta hukuman.

Hakim Noridah juga memutuskan tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin dan menetapkan 5 serta 21 Januari depan untuk sebutan fakta dan hukuman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img