Lima wanita mengaku bergaduh di Pasar Melor didenda RM1,000

LIMA wanita daripada dua keluarga yang mengaku bergaduh di Pasar Melor minggu lepas masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Majistret Rais Imran Hamid membuat keputusan itu selepas Rozita Ramli, 47, bersama anaknya, Aleeya Maisara Hasbullah,19, serta menantu iaitu Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, dan Siti Sara Suaini, 30, dengan adiknya, Siti Mastura Suaini, 28, mengaku bersalah.

Rais Imran turut memerintahkan agar mereka dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda, lapor Bernama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Pasar Melor di sini, yang merupakan tempat awam, pada kira-kira jam 2.30 petang 25 Disember lepas mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Atikah Abd Halim.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img