Van Jenazah Dicuri: Surau Nurul Haq terima sumbangan RM170,000

INSIDEN van jenazah milik Surau Nurul Haq, Kampung Sayong 1, Kulai remuk akibat kemalangan selepas dicuri baru-baru ini, mendapat perhatian pelbagai agensi yang tampil menghulurkan bantuan berjumlah RM170,000 kepada pentadbiran surau itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sumbangan itu meliputi RM100,000 daripada Lembaga Tabung Haji, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (RM50,000) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) (RM20,000).

“Insiden van jenazah dicuri sebelum terbabit dalam kemalangan telah menyentuh hati ramai pihak. Alhamdulillah masyarakat kampung kini bakal memiliki sebuah van jenazah baharu lebih selesa dan selamat untuk kegunaan mereka,” katanya pada majlis penyerahan cek cura di surau itu hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan kepada Teo kerana memberi sumbangan awal RM15,000, selain syarikat swasta QR Oyes Sdn Bhd berjumlah RM5,000 bagi meringankan beban surau tersebut.

Beliau berkata, sumbangan RM20,000 daripada YaPEIM khusus untuk program pengimarahan surau, termasuk aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan bagi menyatukan penduduk kampung.

Sementara itu, Teo berkata berbesar hati dan terharu dengan sumbangan tersebut dan menyifatkannya sebagai komitmen Kerajaan Persekutuan yang peka terhadap permasalahan rakyat.

Pada 4 Sept, Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata van jenazah jenis Toyota Hiace itu dicuri seorang lelaki berusia 21 tahun antara l hingga 2 pagi, sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Skudai pada 2.30 pagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img