Cuba seludup 120 pek minyak masak bersubsidi ke negara jiran, tiga ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki warga asing di kedudukan 8.79 batu nautika perairan utara Kuala Mumiang di sini semalam dipercayai cuba menyeludup keluar minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Suhairy Hussain berkata bot dinaiki tiga suspek berusia antara 16 hingga 39 tahun itu ditahan pada 12.45 tengah hari dan pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 120 pek minyak masak bersubsidi.

“Sebelum penahanan berlaku, suspek turut dilihat membuang beberapa objek ke laut selepas menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia.

“Semasa pemeriksaan turut ditemukan wang tunai RM6,850 milik seorang suspek dan kesemua suspek didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah serta bot yang digunakan juga tidak berdaftar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek, barang rampasan iaitu bot dan minyak bernilai lebih RM7,000 dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img