Video tular belasah beruk: Polis tahan dua lelaki

POLIS menahan dua lelaki, seorang dipercayai individu dalam video tular membelasah seekor beruk jantan manakala seorang lagi rakannya yang merakam kejadian terbabit, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 24 dan 28 tahun itu ditahan jam 10 malam tadi dalam serbuan di kawasan Jelawang, Bachok susulan aduan orang ramai selepas rakaman tersebut mencetuskan kemarahan warganet dan pertubuhan kebajikan haiwan.

Kedua-duanya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini bagi mendapatkan permohonan tahanan reman.

Mahkamah kemudiannya membenarkan perintah reman selama empat hari sehingga Selasa depan terhadap kedua-dua suspek, yang dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamluddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 berkaitan perbuatan mendera atau menyakiti haiwan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran kandungan jelik di media sosial.

Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipaparkan dalam rakaman berdurasi satu minit 45 saat yang dikongsikan di laman Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, sekali gus mengundang kemarahan pelbagai pihak.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img