Pastikan pegawai ATM bersih dan nampak bersih sebelum naik pangkat

SUARA AWANG SELAMAT

SEJAK tercetusnya isu tender Tentera Darat, macam-macam komen dan pendedahan  Awang baca dalam media sosial. Dalam Tik Tok macam-macam akaun muncul, macam cendawan selepas hujan. Awang tak boleh salahkan mereka sebab isu tengah panas.

Mereka marah apabila berlakunya amalan rasuah dan salah guna kuasa di dalam ATM. Jadi mereka mahu kerajaan bertindak tanpa kompromi. Mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam perbuatan itu perlu ‘dihapuskan’ dan diseret ke muka pengadilan.

Dalam kes terbaru ini, dikatakan ramai terlibat. Sama ada dakwaan itu betul atau tidak, SPRM kenalah siasat. Sebab tak sedap juga dengar ada pegawai yang dikatakan tengah tunggu nak naik pangkat pun turut dikaitkan dalam skandal yang diperhebohkan.

Jadi Awang berharap Kerajaan MADANI yang begitu menitik beratkan soal tatakelola akan memastikan tidak ada pegawai yang sedemikian akan naik pangkat. Selepas ini mana-mana pegawai ATM mesti bukan sahaja kena bersih tetapi juga perlu nampak bersih. Kalau nama dok heboh dalam media sosial itu..faham-fahamlah.

Begitulah juga kalau ada report atau aduan daripada bawahan terhadap seseorang pegawai atasan janganlah anggap remeh, siasatlah dulu. Janganlah kerana pegawai itu berbintang-bintang…semua aduan terhadapnya diabaikan…ini contoh bukan Awang tuduh.

Awang minta kerajaan jangan sesekali melantik pegawai tersebut sehinggalah siasatan selesai dilakukan. Dalam ATM ramai lagi pegawai-pegawai berwibawa dan berintegriti tetapi kadang kala mereka ‘tenggelam’ atau ‘ditenggelamkan’ akibat politik dalaman. Itulah yang diceritakan oleh mereka dalam tentera kat Awang.

Masanya sudah tiba untuk Kementerian Pertahanan di bawah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ‘membersihkan’ ATM dari segala kepincangan. Ia termasuklah juga dari segi perolehan aset ATM. Tak kiralah aset apapun setiap sen itu duit rakyat. 

Penyelewengan dan salah guna kuasa tidak boleh dibiarkan bermaharajalela dalam institusi terpenting pertahanan negara itu. Jangan biarkan ia menjadi barah yang akan akhirnya akan meruntuhkan institusi tersebut secara keseluruhannya.

Jadi Awang harap apa yang berlaku dalam ATM tidak akan berulang lagi. Manakala saki baki mereka yang terlibat atau bersekongkol perlu disingkirkan, demi mengembalikan semula imej ATM yang kian tercalar!

Awang – tahu banyak cerita melalui tik tok

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img